Saturday, 24 August 2019

Pelukan Seorang Ayah Bab 3


BAB 3 PENANTIAN


Kelibat sebuah kereta proton hitam memasuki lorong rumah ,aku mengintai dari lubang kecik pada dinding kayu bilik aku .ayah sedang berbual dengan tok aji terpotong seketika apabila kereta itu berhenti di hadapan ayah. “Ayah! Maafkan along Ayah “ teriak abang aku along ketika keluar dari kereta. “Along berdosa ayah buat mak ayah macam ini.along anak derhaka ayah .ayah ampunkan dosa along yaAllah .ini semua salah along kalau along balik seminggu lalu mak takkan meninggal.”kata along dengan  keadaan sujud pada kaki ayah. Ayah memejam mata menahan air matanya. “Along inikan takdir Allah jangan salahkan diri dengan apa yang terjadi, Allah lebih sayangkan mak kau .lagipon mak kau sayang kamu adik beradik tak pernah benci akan anak-anaknya” kata ayah.
  Pak Aji mengangkat posisi tubuh along dari kaki ayah.lalu berkata
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menjaganya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (QS. Luqman : 14)”
Tangisan along dipujuk dengan senyuman ayah.tanpa berlenggahkan masa aku keluar dari bilik dan teus peluk belakang along.”along adik rindu, kami semua rindu maafkan adik sebab adik tak pernah memahami perasaan along.” Pelukkan aku dibalas dengan gosokkan di kepala oleh along.
 Ayah masih mengaburi perasaan sedih dari kami.ayah tidak mahu kami bersedih atas kehilangan mak. Ayah menghembuskan nafas dengan perlahan sambil mengesat air matanya.
Sinaran kekuningan cahaya matahari menyelinap masuk ke celahan lubang atap rumah.hari sudah petang menunggu masa untuk alunan azan maghrib bergema sahaja.
Aku menyiapkann diri untuk ke masjid bersama ayah dan along. Aku membuka pintu almari untuk mencari baju melayu kesukaan aku, baju yang mak jahitkan untuk ku . baju itu dilipat elok seakan baru sahaja dibasuh dan disusun . aku mengambil dan menyarungkannya. Bauan wangi yang selalu mak pakai di pakaiannya kini terpalit pada baju aku. Aku mencium sambil memejamkan mata teringat disaat aku mencampakkan baju ini  pada hadapan mak. Dulu aku benci akan baju ini,dek kerana rekaan baju ini lama seperti kala dahulu.
“Mak baju ini adik tak suka buruk ,siapa yang rela pakai baju macam ini, bahan lawak untuk kekawan adik sahaja jika berpakaian sebegini”,aku menolak kasar tangan mak ketika  mak menghulurkan baju yang siap dijahitnya.
  “adik ,mak dari pagi hingga ke malam menjahit baju ini untuk adik,mak kesian melihat adik memakai pakaian yang lama dan lusuh warnanya.”keluh ibu sambil mengutip kembali baju yang jatuh ke lantai.
Aku sangat marah dan lalu  beredar dari situ tanpa menoleh muka pada mak. Ketika itu,ayah baru sahaja pulang dari tempat kerjanya.Ayah melihat mak menangis di tepi tiang rumah sambil memegang baju melayu yang dijahitnya. “Adik buat perangai lagi ke sayang? Atau dia masih mahu baju melayu di kedai baju hari itu.”soal ayah.
 " Burukah baju yang saya buat untuk dia abang ,lagipun baju yang saya buat ini hampir sama rekaan di kedai baju itu, adakah dia malu dengan kekurangan hidup kita ini abang.baju yang dia hendak itu mahal abang kita tak mampu dimana mahu membayar duit sewa rumah dan yuran sekolah mereka lagi” keluhan mak .
 “hari ini abang dapat sedikit wang hasil jualan getah dikebun tadi ,petang nanti kita pergi beli baju anak awak itu. Tapi awak kena pesan dengan dia baju yang kita beli ini kenalah jaga elok-elok”kata ayah sambil memeggang erat tangan mak.
Bila petang menjelma ,ayah terus menghidupkan enjin motor buruknya . namun malangnya enjin motor tidak dapat dihidupkan.mak mengeluh “bagaimana abang kita hendak ke pekan jika motosikal abang rosak.”
“Begini awak duduk saya dirumah biar saya usaha ke pekan . sekejap lagi anak-anak awak balik dari bermain bola mungkin mereka lapar barangkali.tadi saya ada belikan cempedak baik awak buat goreng cempedak untuk mereka . hal baju biar abang uruskan”. Bilang ayah sambil berjalan ke belakang rumah. Mak bergegas ke dapur untuk memasak .
 Ayah  pergi ke pekan dengan mengayuh basikal yang rombeng, jarak ke pekan sangat jauh dalam 10km ,namun ayah gigih mengayuh basikal ke pekan dengan keadaan panas teriknya matahari. Semasa perjalanan ayah ke pekan bibirnya  tidak berhenti membaca surah al-mulk . surah yang tegar ayah membaca tiap kali mahu tidur  atau kemana-mana sahaja.
Selang 30mimit ayah mengayuh basikal kini  tiba ke pekan, ayah mengayuh dengan laju ke kedai baju itu kerana bimbang akan tutup kedai itu. Ayah meletakkan basikal di tepi dinding kedai lalu memasuki kedai itu. Seusai selesai membeli baju kesukaan anaknya, ayah terkejut basikal yang diletakkan di tepi kedai sudah lesap. Ayah mengeluh sambil mengucapkan
,” اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا” (Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya)
Senja sedang menghampiri , Ayah tanpa berfikiran panjang terus berjalan kaki pulang ke rumah demi sehelai baju melayu untuk anaknya.
Bunyi cengkerit pertanda sudah waktu malam. Mak berjalan ke hulu ke hilir menanti ketibaan ayah. Aku seperti biasa menggangap tiada apa yang berlaku. Aku tidak mengendahkan keadaan mak ,aku sambung kembali menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu intan.
“Assalamualaikum ,adik ini ayah belikan untuk kamu “ sambil menghulur sebungkus beg pastik merah.hati mak lega melihat ayah sudah pulang.
“Waalaikummusalam,ayah pergi mana lewat malam baru balik? Bungkusan apa ini ayah,” aku membuka bungkusan itu alangkah terkejutnya aku sehelai baju melayu idaman aku di hadapan mata aku.riak muka aku tidak riang cuma rasa bersalah timbul di muka aku.
“kenapa? Adik tidak suka ke akan baju ini .atau ayah tersalah beli baju kesukaan adik”soal ayah sambil meletakkan tangannya di bahu kanan aku.
Air mata aku mengalir,kepala aku tertunduk berat untuk menggangkat muka melihat raut muka ayah . mata aku tertumpu pada kaki ayah kelihatan kemerahan dan seakan luka di bawah telapak kaki ayah. Aku berpaling ke luar rumah dan berasa jangkal ayah pulang tanpa basikal.
Aku terus peluk tubuh ayah seerat yang boleh,” ayah kenapa ayah sanggup juga membelikan baju ini, baju ini mahal .adik cuma teringin tapi bukan untuk memiliki,adik minta maaf sangat pada ayah dengan mak sebabkan perangai adik. Ayah dengan mak mengeluh,”
“kami tidak pernah mengeluh dengan anak-anak kami “sampuk ibu sambil menyarungkan baju yang baru dibeli tadi pada tubuh aku.
“mak esok malam adik hendak ke masjid,adik hendak memakai baju yang mak jahit tadi kesian mak hempas pulas menyiapkan baju itu, baju itu  cantik lihatlah jahitannya kemas .maaf sebab menolak kasar tangan mak pagi tadi. Adik tiada niat berkelakuan sedemikian.”kata aku sambil mengajak ayah ke dapur untuk menjamu makan malam yang mungkin sudah sejuk  kerana dibiarkan lama diatas lantai.

7 comments:

Pelukan Seorang Ayah- Bab 5

BAB 5 NENEK “kak long maaf kan mak.” Kata nenek sambil membuang helaian dedaun kering di sekitar kubur mak. Nek Wan berasa sunyi dan...