BAB 3 PENANTIAN
Kelibat sebuah kereta proton hitam memasuki lorong rumah
,aku mengintai dari lubang kecik pada dinding kayu bilik aku .ayah sedang berbual
dengan tok aji terpotong seketika apabila kereta itu berhenti di hadapan ayah. “Ayah!
Maafkan along Ayah “ teriak abang aku along ketika keluar dari kereta. “Along
berdosa ayah buat mak ayah macam ini.along anak derhaka ayah .ayah ampunkan
dosa along yaAllah .ini semua salah along kalau along balik seminggu lalu mak takkan
meninggal.”kata along dengan keadaan sujud pada kaki ayah. Ayah memejam mata menahan
air matanya. “Along inikan takdir Allah jangan salahkan diri dengan apa yang
terjadi, Allah lebih sayangkan mak kau .lagipon mak kau sayang kamu adik beradik
tak pernah benci akan anak-anaknya” kata ayah.
Pak Aji mengangkat
posisi tubuh along dari kaki ayah.lalu berkata
” وَوَصَّيْنَا
الْإِنسَانَ
بِوَالِدَيْهِ
حَمَلَتْهُ
أُمُّهُ
وَهْنًا
عَلَىٰ
وَهْنٍ
وَفِصَالُهُ
فِي
عَامَيْنِ
أَنِ
اشْكُرْ
لِي
وَلِوَالِدَيْكَ
إِلَيَّ
الْمَصِيرُ
“Dan
Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya;
ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menjaganya
dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya
kepada-Kulah kembalimu.” (QS. Luqman : 14)”
Tangisan
along dipujuk dengan senyuman ayah.tanpa berlenggahkan masa aku keluar dari
bilik dan teus peluk belakang along.”along adik rindu, kami semua rindu maafkan
adik sebab adik tak pernah memahami perasaan along.” Pelukkan aku dibalas
dengan gosokkan di kepala oleh along.
Ayah masih mengaburi perasaan sedih dari
kami.ayah tidak mahu kami bersedih atas kehilangan mak. Ayah menghembuskan nafas
dengan perlahan sambil mengesat air matanya.
Sinaran
kekuningan cahaya matahari menyelinap masuk ke celahan lubang atap rumah.hari
sudah petang menunggu masa untuk alunan azan maghrib bergema sahaja.
Aku
menyiapkann diri untuk ke masjid bersama ayah dan along. Aku membuka pintu
almari untuk mencari baju melayu kesukaan aku, baju yang mak jahitkan untuk ku
. baju itu dilipat elok seakan baru sahaja dibasuh dan disusun . aku mengambil
dan menyarungkannya. Bauan wangi yang selalu mak pakai di pakaiannya kini terpalit
pada baju aku. Aku mencium sambil memejamkan mata teringat disaat aku
mencampakkan baju ini pada hadapan mak. Dulu
aku benci akan baju ini,dek kerana rekaan baju ini lama seperti kala dahulu.
“Mak
baju ini adik tak suka buruk ,siapa yang rela pakai baju macam ini, bahan lawak
untuk kekawan adik sahaja jika berpakaian sebegini”,aku menolak kasar tangan
mak ketika mak menghulurkan baju yang
siap dijahitnya.
“adik ,mak dari pagi hingga ke malam menjahit
baju ini untuk adik,mak kesian melihat adik memakai pakaian yang lama dan lusuh
warnanya.”keluh ibu sambil mengutip kembali baju yang jatuh ke lantai.
Aku
sangat marah dan lalu beredar dari situ
tanpa menoleh muka pada mak. Ketika itu,ayah baru sahaja pulang dari tempat
kerjanya.Ayah melihat mak menangis di tepi tiang rumah sambil memegang baju melayu
yang dijahitnya. “Adik buat perangai lagi ke sayang? Atau dia masih mahu baju
melayu di kedai baju hari itu.”soal ayah.
" Burukah baju yang saya buat untuk dia abang
,lagipun baju yang saya buat ini hampir sama rekaan di kedai baju itu, adakah
dia malu dengan kekurangan hidup kita ini abang.baju yang dia hendak itu mahal
abang kita tak mampu dimana mahu membayar duit sewa rumah dan yuran sekolah mereka
lagi” keluhan mak .
“hari ini abang dapat sedikit wang hasil jualan
getah dikebun tadi ,petang nanti kita pergi beli baju anak awak itu. Tapi awak
kena pesan dengan dia baju yang kita beli ini kenalah jaga elok-elok”kata ayah
sambil memeggang erat tangan mak.
Bila
petang menjelma ,ayah terus menghidupkan enjin motor buruknya . namun malangnya
enjin motor tidak dapat dihidupkan.mak mengeluh “bagaimana abang kita hendak ke
pekan jika motosikal abang rosak.”
“Begini
awak duduk saya dirumah biar saya usaha ke pekan . sekejap lagi anak-anak awak
balik dari bermain bola mungkin mereka lapar barangkali.tadi saya ada belikan
cempedak baik awak buat goreng cempedak untuk mereka . hal baju biar abang
uruskan”. Bilang ayah sambil berjalan ke belakang rumah. Mak bergegas ke dapur
untuk memasak .
Ayah pergi
ke pekan dengan mengayuh basikal yang rombeng, jarak ke pekan sangat jauh dalam
10km ,namun ayah gigih mengayuh basikal ke pekan dengan keadaan panas teriknya
matahari. Semasa perjalanan ayah ke pekan bibirnya tidak berhenti
membaca surah al-mulk . surah yang tegar ayah membaca tiap kali mahu tidur atau kemana-mana sahaja.
Selang
30mimit ayah mengayuh basikal kini tiba
ke pekan, ayah mengayuh dengan laju ke kedai baju itu kerana bimbang akan tutup
kedai itu. Ayah meletakkan basikal di tepi dinding kedai lalu memasuki kedai
itu. Seusai selesai membeli baju kesukaan anaknya, ayah terkejut basikal yang
diletakkan di tepi kedai sudah lesap. Ayah mengeluh sambil mengucapkan
,” اللهُمَّ
أْجُرْنِي
فِي
مُصِيبَتِي،
وَأَخْلِفْ
لِي
خَيْرًا
مِنْهَا”
(Ya
Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik
daripadanya)
Senja sedang menghampiri , Ayah tanpa berfikiran panjang
terus berjalan kaki pulang ke rumah demi sehelai baju melayu untuk anaknya.
Bunyi cengkerit pertanda sudah waktu malam. Mak berjalan
ke hulu ke hilir menanti ketibaan ayah. Aku seperti biasa menggangap tiada apa
yang berlaku. Aku tidak mengendahkan keadaan mak ,aku sambung kembali
menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu intan.
“Assalamualaikum ,adik ini ayah belikan untuk kamu “
sambil menghulur sebungkus beg pastik merah.hati mak lega melihat ayah sudah
pulang.
“Waalaikummusalam,ayah pergi mana lewat malam baru balik?
Bungkusan apa ini ayah,” aku membuka bungkusan itu alangkah terkejutnya aku
sehelai baju melayu idaman aku di hadapan mata aku.riak muka aku tidak riang cuma
rasa bersalah timbul di muka aku.
“kenapa? Adik tidak suka ke akan baju ini .atau ayah
tersalah beli baju kesukaan adik”soal ayah sambil meletakkan tangannya di bahu
kanan aku.
Air mata aku mengalir,kepala aku tertunduk berat untuk menggangkat
muka melihat raut muka ayah . mata aku tertumpu pada kaki ayah kelihatan
kemerahan dan seakan luka di bawah telapak kaki ayah. Aku berpaling ke luar
rumah dan berasa jangkal ayah pulang tanpa basikal.
Aku terus peluk tubuh ayah seerat yang boleh,” ayah
kenapa ayah sanggup juga membelikan baju ini, baju ini mahal .adik cuma teringin
tapi bukan untuk memiliki,adik minta maaf sangat pada ayah dengan mak sebabkan
perangai adik. Ayah dengan mak mengeluh,”
“kami tidak pernah mengeluh dengan anak-anak kami “sampuk
ibu sambil menyarungkan baju yang baru dibeli tadi pada tubuh aku.
“mak esok malam adik hendak ke masjid,adik hendak memakai baju yang mak
jahit tadi kesian mak hempas pulas menyiapkan baju itu, baju itu cantik lihatlah jahitannya kemas .maaf sebab
menolak kasar tangan mak pagi tadi. Adik tiada niat berkelakuan sedemikian.”kata
aku sambil mengajak ayah ke dapur untuk menjamu makan malam yang mungkin sudah
sejuk kerana dibiarkan lama diatas lantai.
Menyayat hati... Sdihhh
ReplyDeletebeb srs aq nagis
ReplyDelete😢❤
ReplyDeleteaku selalu dengan kau .jangan terkenang hal lalu kk
ReplyDelete😭
ReplyDelete🌝
ReplyDelete👏
ReplyDelete