Bab 1 : PULANG
Ayah.... Adik dah balik.Aku meleparkan sepenuh hati beg galas ku dan berlari ke arah ayah. ayah tercenggang melihat ku. 3tahun aku menyambungkan pelajaran di Politeknik Kota Bharu,Kelantan. aku berasal dari Bota,Perak. Kelantan dengan Perak agak jauh dan tidak janggal jika perasaan rindu berputik.Aku dari jauh terus berlari untuk mengapai tangan kasar ayahku.dari jauh ku melihat air mata seorang ayah mengalir lalu aku terhenti langkah sambil kaku melihat ayah mengesat air matanya.
"Adik kenapa ? kenapa tak call ayah .kau tahu ayah rindu kau.mak kau hari-hari cakap fasal kau. kalau kau tak suka ayah tapi kau fikirlah perasaan mak kau.sakit demam mak kau sebabkan rindu kau.",kata Ayah sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
Aku terduduk diatas tanah.badan aku seakan lemah tidak terdaya.air mata terus mengalir,aku teresak-esak menangis .
"YaAllah,Kau ampunkan lah dosa ku selamani.aku tahu berdosanya kepada ibu ayah aku.aku selalu membuat mereka kecewa dengan aku ..derhaka kah aku yaAllah..."kata-kata aku terpotong dengan jeritan mak.
"Adik,jangan cakap macam tu, Mak tak pernah marah kau,mak sayang kamu,mak sayang kamu.",Kata mak sambil memeluk erat tubuhku.
"Mak maafkan adik. Adik dah berjaya tapi lupa ayah dengan mak. Adik terlalu leka dengan dunia .maafkan adik Mak.." teriak aku.
Bahu aku digenggam rapi oleh ayah sambil senyum sinis melihat aku.
"Adik,ayah sudah buat makanan sukaan kau cempedak goreng mari masuk rumah"
Keesokkan harinya,aku menemani ayah ke kebun. kebiasaaan baju biru lusuh dan koyak itulah yang selalu dipakainya ketika ke kebun getahnya. Ayah mengasah pisau toreh di beranda sambil bibir tidak henti berzikir. "أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ(Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk)."itulah rutin pagi ayah.
Ayah memanaskan enjin moto.aku memenggang sebuah baldi dan pisau toreh ayah. Ini lah kali pertama aku mengikuti Ayah ke kebun. Sebelum ini, Ayah mengajak aku ,namun aku sering mengendahkan pelawaannya.
Akhirnya,kami sampai ke kebun , Ayah mengarah aku untuk mengutip getah yang sudah beku (lateks)dan dimasukkan kedalam guni untuk dijual. Ayah terus ke atas bukit untuk mengutip dan menoreh pokok getah.
Aku mulakan langkah .selang berapa minit aku lelah,tangan aku sakit kerana mengheret guni yang penuhi dengan getah. aku terfikir sejenak."aku muda lagi angkat guni yang dipenuhi dengan getah pun sudah lelah dan sakit tangan. tapi ayah tetap bersungguh mencari rezeki" fikiran aku terganggu dengan kedatangan ayah.
Aku terus mencapai botol air lalu hulurkan pada ayah. aku terus mengambil peluang meraba tangan ayah. kasar. penuh parut luka.
"Ayah,adik minta maaf selama ini banyak menyusahkan ayah"sambil genggam tangan kanan ayah.
seusai selesai menjual getah kami pulang ke rumah.
good job bro
ReplyDeleteNice arr iqbal
ReplyDeleteGood job
ReplyDeleteBest!!!
ReplyDeletePs: sila space selepas titik(atau fon aq yg problem??)
Nice
ReplyDeletenice👍👏
ReplyDeletesedih sgt
ReplyDelete