Tuesday, 27 August 2019

Pelukan Seorang Ayah-bab 4


BAB 4 HINA

“Adik lekas! ayah sudah mahu pergi” tegas along . aku tersentak terkejut dengan panggilan dari along,aku dengan pantas menyarungkan baju melayu ini.
“wah! sudah lain suasana kampung ini kan ayah dulu kecil sahaja masjid,malah sekarang makin besar.”along berasa teruja melihat rekaan bentuk masjid yang baru . along meletakkan kereta di bawah tempat kereta yang tertera nama Imam Masjid.ayah merupakan salah satu iman di masjid ini. Malam yang sepi ini kami dan penduduk kampung membuat bacaan tahlil untuk mak .
Setelah selesai ,kami menjamu penduduk kampung dengan beberapa juadah makanan .aku terlihat nenek sedang rancak bersembang dengan makcik zah. Along pula mengambil kesempatan mencuri dengar apa yang dibual oleh mereka.
 ‘ Mas itu dulu bekas banduan kalau kamu hendak tahu,.sebab itu lah porak-peranda kehidupan  mereka anak beranak .pak imam pula hanya pak sangup,kesian melihat mas ketika keluar dari penjara .”ujar nek wan pada mak cik zah. Nek wan merupakan mak tiri kepada mak. Hubungan mereka tidak baik sejak mak difitnah oleh kakak tirinya Mak ngah . mak difitnah melakukan perjualan dadah jenis pil kuda kepada orang kampung.
Mak ngah tidak suka akan kehadiran mak dalam ahli keluarga mereka.mak ngah menggangap mak umpama sampah yang dipungut .akibat dari ketidakpuasan hati mak ngah mengambil kesempatan untuk membuang mak dari keluarga dengan cara memfitnah  mak.
“pil kuda ini kau masukkan ke dalam beg tangan adik aku.selepas itu yang selainnya kau taruh dibawah katil.biar dia rasa !”arah mak ngah kepada uwais.Uwais dengan patuh melalukan perkara tersebut.
Pada tepat jam 8  malam ,uwais siap sedia berada di kawasan rumah nek wan. Waktu ini tiada siapa dirumah kerana  ,mereka pergi solat berjemaah di masjid. “shu…oh shu ....” panggil uwais dengan nada perlahan pada mak ngah. “crekkkkk.”bunyi pintu dibuka.”aku sudah bukakan pintunya,aku pergi dulu ke masjid” kata mak ngah sambil berjalan pantas menunju ke masjid.
Uwais memasuki rumah dengan lagaknya. Kemudian dia ke kamar mak. “wah! Harumnya bau ini. Cantik juga adik shu ini .tapi dia kelihatan ayu kenapa shu sangat benci adik tirinya sendiri.” Soal uwais dengan raut muka yang berkerut. Apabila uwais ingin memasukkan dadah ke dalam beg tangan mak, tangannya seakan keras tidak mampu mengerakkan jarinya.tetiba dia ternampak kelibat bayangan putih berada tepat dibucu dinding .dia tergamam tanpa seribu suara. Bayangan putih itu ialah ibu kepada uwais. “nak kenapa kau sanggup buat begini nak,mak terseksa melihat kau seperti ini “ kata mahkluk itu dengan nada yang sayu.
“ibu, uwais terpaksa ibu,jika tidak buat hal ini hidup uwais miskin ibu.uwais  tidak sanggup melihat kehidupan kita yang lalu ibu.” Tangis uwais sambil duduk bersimpuh dan menakup mukanya dengan kedua telapak tangan.
“ibu,uwais cuma ..” ungkapan kata uwais terhenti apabila dia menonggakkan kepala untuk melihat kelibat itu sudah hilang. Uwais takut lalu mencampakkan dadah ke bawah katil dan pantas keluar dari rumah nek wan.
Apabila nek wan sampai kerumah dia terkejut melihat pintu rumahnya terbuka luas, nek wan terus berlari masuk kedalam memeriksa barang kemasnya . nafas lega dihempuskan oleh nek wan kerana barangan kemasnya masih ada. Mak dan nek wan berasa pelik kerana sebelum pergi ke masjid pintu rumah dikunci rapi.
‘Arghh ini semua kau punya fasal mas, wang aku hilang !” tengking mak ngah pada mak . “kenapa pula mas yang disalahkan.sedangkan mas kunci rapi pintu mak menjadi saksi ketika mas mengunci’ ujar mak
Mak ngah berasa geram lalu menarik rambut mak dengan sekuat daya lalu menolak mak . mak jatuh tersungkur .nek wan hanya mendiamkan diri kerana tahu ini semua kerja anaknya shu. Mak disepak berkali-kali oleh makngah sehingga lebam di tangan dan di kaki. Nek wan juga tidak kurangnya mengheret mak keluar rumah.
Semasa itu, ayah melalui Kawasan rumah nek wan dan terlihat mak didera oleh nek wan dan shu. “makcik sudah! ” jerkah ayah dari jauh sambil berderas laju mengayuh basikal tua ayah menuju ke rumah nek wan. “mati pula mas dikerjakan dengan makcik,apa pula alasan makcik kali ini .kenapa mendera mas ?”ujar ayah. “kau diam ini urusan kami anak beranak siapa kau hendak lindungi dia.kau suka dia ? kau ambil sampah ini aku sudah tidak ingin melihat dia .dari dulu hingga kini hidup menyusahkan aku.
Tiba-tiba sinaran lampu biru menghiasi halaman rumah nek wan.kereta polis memasuki lorong rumah .
“Ini rumah Cik Maskina Binti Abdullah ke?”soal inspektor  adam kepada nek wan,nek wan mengganguk .”kami mendapati bahawa cik maskina merupakan pengedar dadah di kawasan ini, perkara ini dirujuk melalui cik uwais yang kami tangkap sebentar tadi.boleh kami memeriksa rumah puan,” kata inspektor adam sambil menuju ke dalam rumah bersama anggota polis yang lain.mak berasa kurang menyenangkan apabila melihat riak muka makngah yang senyum sinis.
Selang beberapa minit inspektor adam menuju kearah nek wan sambil menunjukkan sepeket pil kuda yang dijumpai olehya. Mak terkedu melihat keadaan ini, air mata mula berjurai mengalir “ ini semua fitnah . ini fitnah percaya lah ini semua kerja orang yang dengki pada mas percaya la mak ,kakak abang imam. Ini semua fitnah”tangisan mak makin kuat.
“Ambil saja dia tuan.orang seperti ini tidak boleh dilepaskan harus diberi pengajaran”kata nek wan dengan muka yang tenang. “mak kenapa buat mas seperti ini mak tidak percaya pada mas.mas sayang mak ,mak......” ujar mak sambil memeluk kaki nek wan namun nek wan menepis tangan mak dari kakinya,
Ayah tidak dapat berbuat apa .
Mak dipenjarakan  selama 5 tahun
Semasa mak di dalam penjara ayah selalu melawat mak walaupun ketika itu mereka tiada sebarang ikatan, ketika itu ayah berhasrat jika mak keluar dari situ ayah akan mengahwini mak.
 “ewah sedap mengata nek , yang sedang nenek mengata itu mak saya dan anak nenek juga perlu ke menghasut orang kampung kotorkan nama maruah sendiri nenek jenis apa ? ”sindir along
“Pangg..!”tamparan nek wan pada muka along “kau dengan mak kau sama biadap”lalu  beredar dari situ.
أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ (aku  berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk)” sambil ayah mengosok dada along dan menyuruh along ulangi doa.
“along seperti tidak biasa dengan tingkah laku nenek .nenek sayang mak tapi ego tidak bertempat masih tidak dapat terima yang mak sudah tiada.” Tegur aku dari belakang.
Ayah tidak mahu mengeruhkan keadaan lalu menyuruh kami berdua pulang dahulu.

3 comments:

Pelukan Seorang Ayah- Bab 5

BAB 5 NENEK “kak long maaf kan mak.” Kata nenek sambil membuang helaian dedaun kering di sekitar kubur mak. Nek Wan berasa sunyi dan...