Thursday, 19 December 2019

Pelukan Seorang Ayah- Bab 5



BAB 5 NENEK

“kak long maaf kan mak.” Kata nenek sambil membuang helaian dedaun kering di sekitar kubur mak. Nek Wan berasa sunyi dan menyesal atas perbuatannya lalu terhadap anaknya sendiri.Nek Wan mula merindui anaknya sejak dia mimpi akan anaknya ,
“Mak ,Mas rindu mak, teringgin hendak makan gulai ikan tenggiri yang mak buat untuk Mas. Mak hendak tahu Mas di sini baik sahaja. Tapi masih merindui mak. Mak jaga diri , anak-anak Mas sentiasa ada dengan mak. Mak jagakan mereka untuk Mas.” Kelibat putih yang selalu hadir dalam mimpi Nek Wan.
“eh, nenek kenapa nenek tidak pulang ke rumah sudah lewat petang nenek.” Tegur aku dari belakang nenek. Nenek mengesat air matanya lalu “ Adik, nenek ini jahat ke? Kamu semua benci akan nenek ke? Nenek menyesal sangat atas perbuatan nenek terhadap kamu sekeluarga, nenek  cuma rindukan mak kamu sahaja . “
Aku senyum “ nenek ,kalau nenek hendak tahu mak juga saying dan rindu akan nenek. Adiik selalu dengar doa mak ketika solat
                                                     رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
( Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. )”

Nenek bangun dan lekas memelukku. “ Nenek tidak cantik lah kalau menangis seperti ini.” Usik aku, “ mari pulang ke rumah ayah nenek. Hari ini ayah ada masak sedap untuk kita semua. “ pelawa aku sambil memimpin tangan nenek menuju ke rumah ayah.
“ Mas, sempurnanya didikan kamu terhadap mereka ,walaupun mak banyak menyusahkan kamu anak-beranak.” Suara hati Nek Wan sambil mengosok kepala aku dengan lembut. Ini lah kali pertama aku melihat nenek senyum kepada aku. Manis senyumannya.
Setelah tiba di rumah ayah, haruman masakkan mula menusuk di hidung aku. Aku lekas menaiki tanga menuju ke dapur. Ayah sedang menghidangkan makanan di atas lantai . “ wah. Ayah sedap sungguh bau masakkan ayah. “ puji aku sambil menolong ayah menghidangkan makanan.
“ Along boleh tolong nenek? Tolong angkatkan beg baju ini kedalam bilik. Nenek tidak larat untuk menggangkat.” Kata nenek kepada Along yang tengah membersihkan halaman rumah.
“Kenapa tidak larat pula? Membawa fitnah serata kampung mampu pula galas dosa kehulu kehilir.” Balas  kasar dari along terhadap Nek Wan.
“Along sudah kenapa tidak habis lagi mahu bergaduh dengan nenek. Perkara lalu biarkan lalu .tegur aku kepada along.
Nenek memejamkan mata
“Allohumma inni as-aluka hubbaka, wa hubba man yu-hibbuka, wa hubba kulli ‘amalin yushi-luni ila qurbika, wa an taj ’alaka ahab-ba ilayya mima siwaka, wa an taj’ala hubbi iyyaka qaidan ila ridhwânika, wa syawqi ilayka dzaidzan ‘an ‘ishyânika, wamnun binna-zhari ilayka ‘alayya, wanzhur bi’aynil, wuddi wal ‘athfi ilayya, walaa tashrif ‘annii wajhaka, waj’al-nii min ahlil is’aadi wal khuzhwati ‘indaka yaa Mujiibu yaa Arhamar raa-himiin.”
(Ya Allah, hamba memohon cinta-Mu, cinta seorang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai dari pada selain-Engkau. Jadikan cintaku pada-Mu dapat membimbingku pada redha-Mu. Jadikanlah kerinduanku pada-Mu sehingga mencegahku dari maksiat.
Anugerahkanlah padaku pandangan-Mu. Tataplah diriku dengan pandangan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikanlah aku di antara para penerima anugerah dan kurnia-Mu. Wahai Dzat yang Maha Pemberi Ijabah. Ya Arhamar rahimin.)
Bacaan yang dilafazkan oleh nenek di dalam hati sambil menitiskan air matanya. Along terpaling muka ke nenek .nenek seakan menangis, along terus menuju kearah nenek dan mengesatkan air mata nenek dengan bajunya sendiri.
“Along tiada niat untuk melukakan hati nenek.maafkan along” sambil memeluk nenek lalu mencium pipi lembut nenek.
“along ,mak , adik mari makan , makanan sudah tersedia.” Teriak Ayah memanggil kami .
Kami bergegas masuk ke dalam rumah, kami semua duduk di hadapan makanan secara berbulatan. Ayah membaca doa makan. Tiba-tiba ,air mata nenek berderas mengallir,” Din kamu tahu ini semua makanan kesukaan bini kamu.mak rindu Mas , dahulu mas selalu menyuruh mak masakkan makanan ini kepadanya namun mak endahkan . mak menyesal apa yang mak lakukan terhadapnya,”
“mak kami semua rindu mas. cuba berzikir . tidak baik menangis di hadapan rezeki.” Pujuk ayah .
Nek wan tersangat merindui anaknya. Didalam solatnya sentiasa terpetik nama mak.
Seusai selesai makan, azan maghrib berkumandang kami mengemas tempat makan dan terus bersiap ke masjid bersama. Itulah hari yang aku gembira sebuah keluarga yang dulu menjauh namun sekarang rapat kembali.
Enjin kereta along suda dihidupkan. Kami semua berpusu ke dalam kereta takut terlewat ke masjid.    Aku  memeggang erat tangan nenek. Sejuk dan sedikit hangat membuat aku merasa seakan tangan arwah mak. Aku dahulu malu untuk memeggang tangan mak aku sendiri , kerana takut dipanggil anak mak. Sekarang aku berasa menyesal tidak menghabiskan waktu aku Bersama mak aku sendiri, aku lebih rela bersama buku dan rakan-rakan.
“Srett,,”along memberhentikan kereta secara mengejut, along berasa cuak kerana dia baru sahaja terlanggar seorang perempuan yang berpakaian selekeh. Along dan ayah bergegas  keluar dari kereta untuk melihat perempuan itu.

Pelukan Seorang Ayah- Bab 5

BAB 5 NENEK “kak long maaf kan mak.” Kata nenek sambil membuang helaian dedaun kering di sekitar kubur mak. Nek Wan berasa sunyi dan...