BAB 4 HINA
“Adik lekas! ayah sudah mahu pergi” tegas along .
aku tersentak terkejut dengan panggilan dari along,aku dengan pantas
menyarungkan baju melayu ini.
“wah! sudah lain suasana kampung ini kan ayah dulu
kecil sahaja masjid,malah sekarang makin besar.”along berasa teruja melihat rekaan
bentuk masjid yang baru . along meletakkan kereta di bawah tempat kereta yang
tertera nama Imam Masjid.ayah merupakan salah satu iman di masjid ini. Malam
yang sepi ini kami dan penduduk kampung membuat bacaan tahlil untuk mak .
Setelah selesai ,kami menjamu penduduk kampung
dengan beberapa juadah makanan .aku terlihat nenek sedang rancak bersembang
dengan makcik zah. Along pula mengambil kesempatan mencuri dengar apa yang
dibual oleh mereka.
‘ Mas itu
dulu bekas banduan kalau kamu hendak tahu,.sebab itu lah porak-peranda
kehidupan mereka anak beranak .pak imam pula
hanya pak sangup,kesian melihat mas ketika keluar dari penjara .”ujar nek wan
pada mak cik zah. Nek wan merupakan mak tiri kepada mak. Hubungan mereka tidak
baik sejak mak difitnah oleh kakak tirinya Mak ngah . mak difitnah melakukan
perjualan dadah jenis pil kuda kepada orang kampung.
Mak ngah tidak suka akan kehadiran mak dalam ahli
keluarga mereka.mak ngah menggangap mak umpama sampah yang dipungut .akibat
dari ketidakpuasan hati mak ngah mengambil kesempatan untuk membuang mak dari
keluarga dengan cara memfitnah mak.
“pil kuda ini kau masukkan ke dalam beg tangan adik
aku.selepas itu yang selainnya kau taruh dibawah katil.biar dia rasa !”arah mak
ngah kepada uwais.Uwais dengan patuh melalukan perkara tersebut.
Pada tepat jam 8
malam ,uwais siap sedia berada di kawasan rumah nek wan. Waktu ini tiada
siapa dirumah kerana ,mereka pergi solat
berjemaah di masjid. “shu…oh shu ....” panggil uwais dengan nada perlahan pada
mak ngah. “crekkkkk.”bunyi pintu dibuka.”aku sudah bukakan pintunya,aku pergi
dulu ke masjid” kata mak ngah sambil berjalan pantas menunju ke masjid.
Uwais memasuki rumah dengan lagaknya. Kemudian dia
ke kamar mak. “wah! Harumnya bau ini. Cantik juga adik shu ini .tapi dia
kelihatan ayu kenapa shu sangat benci adik tirinya sendiri.” Soal uwais dengan
raut muka yang berkerut. Apabila uwais ingin memasukkan dadah ke dalam beg
tangan mak, tangannya seakan keras tidak mampu mengerakkan jarinya.tetiba dia
ternampak kelibat bayangan putih berada tepat dibucu dinding .dia tergamam
tanpa seribu suara. Bayangan putih itu ialah ibu kepada uwais. “nak kenapa kau
sanggup buat begini nak,mak terseksa melihat kau seperti ini “ kata mahkluk itu
dengan nada yang sayu.
“ibu, uwais terpaksa ibu,jika tidak buat hal ini
hidup uwais miskin ibu.uwais tidak
sanggup melihat kehidupan kita yang lalu ibu.” Tangis uwais sambil duduk
bersimpuh dan menakup mukanya dengan kedua telapak tangan.
“ibu,uwais cuma ..” ungkapan kata uwais terhenti
apabila dia menonggakkan kepala untuk melihat kelibat itu sudah hilang. Uwais
takut lalu mencampakkan dadah ke bawah katil dan pantas keluar dari rumah nek wan.
Apabila nek wan sampai kerumah dia terkejut melihat
pintu rumahnya terbuka luas, nek wan terus berlari masuk kedalam memeriksa
barang kemasnya . nafas lega dihempuskan oleh nek wan kerana barangan kemasnya
masih ada. Mak dan nek wan berasa pelik kerana sebelum pergi ke masjid pintu
rumah dikunci rapi.
‘Arghh ini semua kau punya fasal mas, wang aku
hilang !” tengking mak ngah pada mak . “kenapa pula mas yang
disalahkan.sedangkan mas kunci rapi pintu mak menjadi saksi ketika mas mengunci’
ujar mak
Mak ngah berasa geram lalu menarik rambut mak
dengan sekuat daya lalu menolak mak . mak jatuh tersungkur .nek wan hanya
mendiamkan diri kerana tahu ini semua kerja anaknya shu. Mak disepak
berkali-kali oleh makngah sehingga lebam di tangan dan di kaki. Nek wan juga
tidak kurangnya mengheret mak keluar rumah.
Semasa itu, ayah melalui Kawasan rumah nek wan dan
terlihat mak didera oleh nek wan dan shu. “makcik sudah! ” jerkah ayah dari
jauh sambil berderas laju mengayuh basikal tua ayah menuju ke rumah nek wan.
“mati pula mas dikerjakan dengan makcik,apa pula alasan makcik kali ini
.kenapa mendera mas ?”ujar ayah. “kau diam ini urusan kami anak beranak siapa
kau hendak lindungi dia.kau suka dia ? kau ambil sampah ini aku sudah tidak
ingin melihat dia .dari dulu hingga kini hidup menyusahkan aku.
Tiba-tiba sinaran lampu biru menghiasi halaman
rumah nek wan.kereta polis memasuki lorong rumah .
“Ini rumah Cik Maskina Binti Abdullah ke?”soal
inspektor adam kepada nek wan,nek wan
mengganguk .”kami mendapati bahawa cik maskina merupakan pengedar dadah di
kawasan ini, perkara ini dirujuk melalui cik uwais yang kami tangkap sebentar
tadi.boleh kami memeriksa rumah puan,” kata inspektor adam sambil menuju ke
dalam rumah bersama anggota polis yang lain.mak berasa kurang menyenangkan
apabila melihat riak muka makngah yang senyum sinis.
Selang beberapa minit inspektor adam menuju kearah
nek wan sambil menunjukkan sepeket pil kuda yang dijumpai olehya. Mak terkedu
melihat keadaan ini, air mata mula berjurai mengalir “ ini semua fitnah . ini
fitnah percaya lah ini semua kerja orang yang dengki pada mas percaya la mak
,kakak abang imam. Ini semua fitnah”tangisan mak makin kuat.
“Ambil saja dia tuan.orang seperti ini tidak boleh
dilepaskan harus diberi pengajaran”kata nek wan dengan muka yang tenang. “mak
kenapa buat mas seperti ini mak tidak percaya pada mas.mas sayang mak
,mak......” ujar mak sambil memeluk kaki nek wan namun nek wan menepis tangan mak
dari kakinya,
Ayah tidak dapat berbuat apa .
Mak dipenjarakan
selama 5 tahun
Semasa mak di dalam penjara ayah selalu melawat mak walaupun ketika itu mereka tiada sebarang ikatan, ketika itu ayah berhasrat
jika mak keluar dari situ ayah akan mengahwini mak.
“ewah sedap
mengata nek , yang sedang nenek mengata itu mak saya dan anak nenek juga perlu ke menghasut
orang kampung kotorkan nama maruah sendiri nenek jenis apa ? ”sindir along
“Pangg..!”tamparan nek wan pada muka along “kau
dengan mak kau sama biadap”lalu beredar dari situ.
“أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ (aku berlindung
kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk)” sambil ayah mengosok dada along dan menyuruh along ulangi doa.
“along seperti tidak biasa dengan tingkah laku
nenek .nenek sayang mak tapi ego tidak bertempat masih tidak dapat terima yang
mak sudah tiada.” Tegur aku dari belakang.
Ayah tidak mahu mengeruhkan keadaan lalu menyuruh
kami berdua pulang dahulu.