Thursday, 19 December 2019

Pelukan Seorang Ayah- Bab 5



BAB 5 NENEK

“kak long maaf kan mak.” Kata nenek sambil membuang helaian dedaun kering di sekitar kubur mak. Nek Wan berasa sunyi dan menyesal atas perbuatannya lalu terhadap anaknya sendiri.Nek Wan mula merindui anaknya sejak dia mimpi akan anaknya ,
“Mak ,Mas rindu mak, teringgin hendak makan gulai ikan tenggiri yang mak buat untuk Mas. Mak hendak tahu Mas di sini baik sahaja. Tapi masih merindui mak. Mak jaga diri , anak-anak Mas sentiasa ada dengan mak. Mak jagakan mereka untuk Mas.” Kelibat putih yang selalu hadir dalam mimpi Nek Wan.
“eh, nenek kenapa nenek tidak pulang ke rumah sudah lewat petang nenek.” Tegur aku dari belakang nenek. Nenek mengesat air matanya lalu “ Adik, nenek ini jahat ke? Kamu semua benci akan nenek ke? Nenek menyesal sangat atas perbuatan nenek terhadap kamu sekeluarga, nenek  cuma rindukan mak kamu sahaja . “
Aku senyum “ nenek ,kalau nenek hendak tahu mak juga saying dan rindu akan nenek. Adiik selalu dengar doa mak ketika solat
                                                     رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
( Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. )”

Nenek bangun dan lekas memelukku. “ Nenek tidak cantik lah kalau menangis seperti ini.” Usik aku, “ mari pulang ke rumah ayah nenek. Hari ini ayah ada masak sedap untuk kita semua. “ pelawa aku sambil memimpin tangan nenek menuju ke rumah ayah.
“ Mas, sempurnanya didikan kamu terhadap mereka ,walaupun mak banyak menyusahkan kamu anak-beranak.” Suara hati Nek Wan sambil mengosok kepala aku dengan lembut. Ini lah kali pertama aku melihat nenek senyum kepada aku. Manis senyumannya.
Setelah tiba di rumah ayah, haruman masakkan mula menusuk di hidung aku. Aku lekas menaiki tanga menuju ke dapur. Ayah sedang menghidangkan makanan di atas lantai . “ wah. Ayah sedap sungguh bau masakkan ayah. “ puji aku sambil menolong ayah menghidangkan makanan.
“ Along boleh tolong nenek? Tolong angkatkan beg baju ini kedalam bilik. Nenek tidak larat untuk menggangkat.” Kata nenek kepada Along yang tengah membersihkan halaman rumah.
“Kenapa tidak larat pula? Membawa fitnah serata kampung mampu pula galas dosa kehulu kehilir.” Balas  kasar dari along terhadap Nek Wan.
“Along sudah kenapa tidak habis lagi mahu bergaduh dengan nenek. Perkara lalu biarkan lalu .tegur aku kepada along.
Nenek memejamkan mata
“Allohumma inni as-aluka hubbaka, wa hubba man yu-hibbuka, wa hubba kulli ‘amalin yushi-luni ila qurbika, wa an taj ’alaka ahab-ba ilayya mima siwaka, wa an taj’ala hubbi iyyaka qaidan ila ridhwânika, wa syawqi ilayka dzaidzan ‘an ‘ishyânika, wamnun binna-zhari ilayka ‘alayya, wanzhur bi’aynil, wuddi wal ‘athfi ilayya, walaa tashrif ‘annii wajhaka, waj’al-nii min ahlil is’aadi wal khuzhwati ‘indaka yaa Mujiibu yaa Arhamar raa-himiin.”
(Ya Allah, hamba memohon cinta-Mu, cinta seorang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai dari pada selain-Engkau. Jadikan cintaku pada-Mu dapat membimbingku pada redha-Mu. Jadikanlah kerinduanku pada-Mu sehingga mencegahku dari maksiat.
Anugerahkanlah padaku pandangan-Mu. Tataplah diriku dengan pandangan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikanlah aku di antara para penerima anugerah dan kurnia-Mu. Wahai Dzat yang Maha Pemberi Ijabah. Ya Arhamar rahimin.)
Bacaan yang dilafazkan oleh nenek di dalam hati sambil menitiskan air matanya. Along terpaling muka ke nenek .nenek seakan menangis, along terus menuju kearah nenek dan mengesatkan air mata nenek dengan bajunya sendiri.
“Along tiada niat untuk melukakan hati nenek.maafkan along” sambil memeluk nenek lalu mencium pipi lembut nenek.
“along ,mak , adik mari makan , makanan sudah tersedia.” Teriak Ayah memanggil kami .
Kami bergegas masuk ke dalam rumah, kami semua duduk di hadapan makanan secara berbulatan. Ayah membaca doa makan. Tiba-tiba ,air mata nenek berderas mengallir,” Din kamu tahu ini semua makanan kesukaan bini kamu.mak rindu Mas , dahulu mas selalu menyuruh mak masakkan makanan ini kepadanya namun mak endahkan . mak menyesal apa yang mak lakukan terhadapnya,”
“mak kami semua rindu mas. cuba berzikir . tidak baik menangis di hadapan rezeki.” Pujuk ayah .
Nek wan tersangat merindui anaknya. Didalam solatnya sentiasa terpetik nama mak.
Seusai selesai makan, azan maghrib berkumandang kami mengemas tempat makan dan terus bersiap ke masjid bersama. Itulah hari yang aku gembira sebuah keluarga yang dulu menjauh namun sekarang rapat kembali.
Enjin kereta along suda dihidupkan. Kami semua berpusu ke dalam kereta takut terlewat ke masjid.    Aku  memeggang erat tangan nenek. Sejuk dan sedikit hangat membuat aku merasa seakan tangan arwah mak. Aku dahulu malu untuk memeggang tangan mak aku sendiri , kerana takut dipanggil anak mak. Sekarang aku berasa menyesal tidak menghabiskan waktu aku Bersama mak aku sendiri, aku lebih rela bersama buku dan rakan-rakan.
“Srett,,”along memberhentikan kereta secara mengejut, along berasa cuak kerana dia baru sahaja terlanggar seorang perempuan yang berpakaian selekeh. Along dan ayah bergegas  keluar dari kereta untuk melihat perempuan itu.

Tuesday, 27 August 2019

Pelukan Seorang Ayah-bab 4


BAB 4 HINA

“Adik lekas! ayah sudah mahu pergi” tegas along . aku tersentak terkejut dengan panggilan dari along,aku dengan pantas menyarungkan baju melayu ini.
“wah! sudah lain suasana kampung ini kan ayah dulu kecil sahaja masjid,malah sekarang makin besar.”along berasa teruja melihat rekaan bentuk masjid yang baru . along meletakkan kereta di bawah tempat kereta yang tertera nama Imam Masjid.ayah merupakan salah satu iman di masjid ini. Malam yang sepi ini kami dan penduduk kampung membuat bacaan tahlil untuk mak .
Setelah selesai ,kami menjamu penduduk kampung dengan beberapa juadah makanan .aku terlihat nenek sedang rancak bersembang dengan makcik zah. Along pula mengambil kesempatan mencuri dengar apa yang dibual oleh mereka.
 ‘ Mas itu dulu bekas banduan kalau kamu hendak tahu,.sebab itu lah porak-peranda kehidupan  mereka anak beranak .pak imam pula hanya pak sangup,kesian melihat mas ketika keluar dari penjara .”ujar nek wan pada mak cik zah. Nek wan merupakan mak tiri kepada mak. Hubungan mereka tidak baik sejak mak difitnah oleh kakak tirinya Mak ngah . mak difitnah melakukan perjualan dadah jenis pil kuda kepada orang kampung.
Mak ngah tidak suka akan kehadiran mak dalam ahli keluarga mereka.mak ngah menggangap mak umpama sampah yang dipungut .akibat dari ketidakpuasan hati mak ngah mengambil kesempatan untuk membuang mak dari keluarga dengan cara memfitnah  mak.
“pil kuda ini kau masukkan ke dalam beg tangan adik aku.selepas itu yang selainnya kau taruh dibawah katil.biar dia rasa !”arah mak ngah kepada uwais.Uwais dengan patuh melalukan perkara tersebut.
Pada tepat jam 8  malam ,uwais siap sedia berada di kawasan rumah nek wan. Waktu ini tiada siapa dirumah kerana  ,mereka pergi solat berjemaah di masjid. “shu…oh shu ....” panggil uwais dengan nada perlahan pada mak ngah. “crekkkkk.”bunyi pintu dibuka.”aku sudah bukakan pintunya,aku pergi dulu ke masjid” kata mak ngah sambil berjalan pantas menunju ke masjid.
Uwais memasuki rumah dengan lagaknya. Kemudian dia ke kamar mak. “wah! Harumnya bau ini. Cantik juga adik shu ini .tapi dia kelihatan ayu kenapa shu sangat benci adik tirinya sendiri.” Soal uwais dengan raut muka yang berkerut. Apabila uwais ingin memasukkan dadah ke dalam beg tangan mak, tangannya seakan keras tidak mampu mengerakkan jarinya.tetiba dia ternampak kelibat bayangan putih berada tepat dibucu dinding .dia tergamam tanpa seribu suara. Bayangan putih itu ialah ibu kepada uwais. “nak kenapa kau sanggup buat begini nak,mak terseksa melihat kau seperti ini “ kata mahkluk itu dengan nada yang sayu.
“ibu, uwais terpaksa ibu,jika tidak buat hal ini hidup uwais miskin ibu.uwais  tidak sanggup melihat kehidupan kita yang lalu ibu.” Tangis uwais sambil duduk bersimpuh dan menakup mukanya dengan kedua telapak tangan.
“ibu,uwais cuma ..” ungkapan kata uwais terhenti apabila dia menonggakkan kepala untuk melihat kelibat itu sudah hilang. Uwais takut lalu mencampakkan dadah ke bawah katil dan pantas keluar dari rumah nek wan.
Apabila nek wan sampai kerumah dia terkejut melihat pintu rumahnya terbuka luas, nek wan terus berlari masuk kedalam memeriksa barang kemasnya . nafas lega dihempuskan oleh nek wan kerana barangan kemasnya masih ada. Mak dan nek wan berasa pelik kerana sebelum pergi ke masjid pintu rumah dikunci rapi.
‘Arghh ini semua kau punya fasal mas, wang aku hilang !” tengking mak ngah pada mak . “kenapa pula mas yang disalahkan.sedangkan mas kunci rapi pintu mak menjadi saksi ketika mas mengunci’ ujar mak
Mak ngah berasa geram lalu menarik rambut mak dengan sekuat daya lalu menolak mak . mak jatuh tersungkur .nek wan hanya mendiamkan diri kerana tahu ini semua kerja anaknya shu. Mak disepak berkali-kali oleh makngah sehingga lebam di tangan dan di kaki. Nek wan juga tidak kurangnya mengheret mak keluar rumah.
Semasa itu, ayah melalui Kawasan rumah nek wan dan terlihat mak didera oleh nek wan dan shu. “makcik sudah! ” jerkah ayah dari jauh sambil berderas laju mengayuh basikal tua ayah menuju ke rumah nek wan. “mati pula mas dikerjakan dengan makcik,apa pula alasan makcik kali ini .kenapa mendera mas ?”ujar ayah. “kau diam ini urusan kami anak beranak siapa kau hendak lindungi dia.kau suka dia ? kau ambil sampah ini aku sudah tidak ingin melihat dia .dari dulu hingga kini hidup menyusahkan aku.
Tiba-tiba sinaran lampu biru menghiasi halaman rumah nek wan.kereta polis memasuki lorong rumah .
“Ini rumah Cik Maskina Binti Abdullah ke?”soal inspektor  adam kepada nek wan,nek wan mengganguk .”kami mendapati bahawa cik maskina merupakan pengedar dadah di kawasan ini, perkara ini dirujuk melalui cik uwais yang kami tangkap sebentar tadi.boleh kami memeriksa rumah puan,” kata inspektor adam sambil menuju ke dalam rumah bersama anggota polis yang lain.mak berasa kurang menyenangkan apabila melihat riak muka makngah yang senyum sinis.
Selang beberapa minit inspektor adam menuju kearah nek wan sambil menunjukkan sepeket pil kuda yang dijumpai olehya. Mak terkedu melihat keadaan ini, air mata mula berjurai mengalir “ ini semua fitnah . ini fitnah percaya lah ini semua kerja orang yang dengki pada mas percaya la mak ,kakak abang imam. Ini semua fitnah”tangisan mak makin kuat.
“Ambil saja dia tuan.orang seperti ini tidak boleh dilepaskan harus diberi pengajaran”kata nek wan dengan muka yang tenang. “mak kenapa buat mas seperti ini mak tidak percaya pada mas.mas sayang mak ,mak......” ujar mak sambil memeluk kaki nek wan namun nek wan menepis tangan mak dari kakinya,
Ayah tidak dapat berbuat apa .
Mak dipenjarakan  selama 5 tahun
Semasa mak di dalam penjara ayah selalu melawat mak walaupun ketika itu mereka tiada sebarang ikatan, ketika itu ayah berhasrat jika mak keluar dari situ ayah akan mengahwini mak.
 “ewah sedap mengata nek , yang sedang nenek mengata itu mak saya dan anak nenek juga perlu ke menghasut orang kampung kotorkan nama maruah sendiri nenek jenis apa ? ”sindir along
“Pangg..!”tamparan nek wan pada muka along “kau dengan mak kau sama biadap”lalu  beredar dari situ.
أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ (aku  berlindung kepada Allah dari godaan setan yang terkutuk)” sambil ayah mengosok dada along dan menyuruh along ulangi doa.
“along seperti tidak biasa dengan tingkah laku nenek .nenek sayang mak tapi ego tidak bertempat masih tidak dapat terima yang mak sudah tiada.” Tegur aku dari belakang.
Ayah tidak mahu mengeruhkan keadaan lalu menyuruh kami berdua pulang dahulu.

Saturday, 24 August 2019

Pelukan Seorang Ayah Bab 3


BAB 3 PENANTIAN


Kelibat sebuah kereta proton hitam memasuki lorong rumah ,aku mengintai dari lubang kecik pada dinding kayu bilik aku .ayah sedang berbual dengan tok aji terpotong seketika apabila kereta itu berhenti di hadapan ayah. “Ayah! Maafkan along Ayah “ teriak abang aku along ketika keluar dari kereta. “Along berdosa ayah buat mak ayah macam ini.along anak derhaka ayah .ayah ampunkan dosa along yaAllah .ini semua salah along kalau along balik seminggu lalu mak takkan meninggal.”kata along dengan  keadaan sujud pada kaki ayah. Ayah memejam mata menahan air matanya. “Along inikan takdir Allah jangan salahkan diri dengan apa yang terjadi, Allah lebih sayangkan mak kau .lagipon mak kau sayang kamu adik beradik tak pernah benci akan anak-anaknya” kata ayah.
  Pak Aji mengangkat posisi tubuh along dari kaki ayah.lalu berkata
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menjaganya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.” (QS. Luqman : 14)”
Tangisan along dipujuk dengan senyuman ayah.tanpa berlenggahkan masa aku keluar dari bilik dan teus peluk belakang along.”along adik rindu, kami semua rindu maafkan adik sebab adik tak pernah memahami perasaan along.” Pelukkan aku dibalas dengan gosokkan di kepala oleh along.
 Ayah masih mengaburi perasaan sedih dari kami.ayah tidak mahu kami bersedih atas kehilangan mak. Ayah menghembuskan nafas dengan perlahan sambil mengesat air matanya.
Sinaran kekuningan cahaya matahari menyelinap masuk ke celahan lubang atap rumah.hari sudah petang menunggu masa untuk alunan azan maghrib bergema sahaja.
Aku menyiapkann diri untuk ke masjid bersama ayah dan along. Aku membuka pintu almari untuk mencari baju melayu kesukaan aku, baju yang mak jahitkan untuk ku . baju itu dilipat elok seakan baru sahaja dibasuh dan disusun . aku mengambil dan menyarungkannya. Bauan wangi yang selalu mak pakai di pakaiannya kini terpalit pada baju aku. Aku mencium sambil memejamkan mata teringat disaat aku mencampakkan baju ini  pada hadapan mak. Dulu aku benci akan baju ini,dek kerana rekaan baju ini lama seperti kala dahulu.
“Mak baju ini adik tak suka buruk ,siapa yang rela pakai baju macam ini, bahan lawak untuk kekawan adik sahaja jika berpakaian sebegini”,aku menolak kasar tangan mak ketika  mak menghulurkan baju yang siap dijahitnya.
  “adik ,mak dari pagi hingga ke malam menjahit baju ini untuk adik,mak kesian melihat adik memakai pakaian yang lama dan lusuh warnanya.”keluh ibu sambil mengutip kembali baju yang jatuh ke lantai.
Aku sangat marah dan lalu  beredar dari situ tanpa menoleh muka pada mak. Ketika itu,ayah baru sahaja pulang dari tempat kerjanya.Ayah melihat mak menangis di tepi tiang rumah sambil memegang baju melayu yang dijahitnya. “Adik buat perangai lagi ke sayang? Atau dia masih mahu baju melayu di kedai baju hari itu.”soal ayah.
 " Burukah baju yang saya buat untuk dia abang ,lagipun baju yang saya buat ini hampir sama rekaan di kedai baju itu, adakah dia malu dengan kekurangan hidup kita ini abang.baju yang dia hendak itu mahal abang kita tak mampu dimana mahu membayar duit sewa rumah dan yuran sekolah mereka lagi” keluhan mak .
 “hari ini abang dapat sedikit wang hasil jualan getah dikebun tadi ,petang nanti kita pergi beli baju anak awak itu. Tapi awak kena pesan dengan dia baju yang kita beli ini kenalah jaga elok-elok”kata ayah sambil memeggang erat tangan mak.
Bila petang menjelma ,ayah terus menghidupkan enjin motor buruknya . namun malangnya enjin motor tidak dapat dihidupkan.mak mengeluh “bagaimana abang kita hendak ke pekan jika motosikal abang rosak.”
“Begini awak duduk saya dirumah biar saya usaha ke pekan . sekejap lagi anak-anak awak balik dari bermain bola mungkin mereka lapar barangkali.tadi saya ada belikan cempedak baik awak buat goreng cempedak untuk mereka . hal baju biar abang uruskan”. Bilang ayah sambil berjalan ke belakang rumah. Mak bergegas ke dapur untuk memasak .
 Ayah  pergi ke pekan dengan mengayuh basikal yang rombeng, jarak ke pekan sangat jauh dalam 10km ,namun ayah gigih mengayuh basikal ke pekan dengan keadaan panas teriknya matahari. Semasa perjalanan ayah ke pekan bibirnya  tidak berhenti membaca surah al-mulk . surah yang tegar ayah membaca tiap kali mahu tidur  atau kemana-mana sahaja.
Selang 30mimit ayah mengayuh basikal kini  tiba ke pekan, ayah mengayuh dengan laju ke kedai baju itu kerana bimbang akan tutup kedai itu. Ayah meletakkan basikal di tepi dinding kedai lalu memasuki kedai itu. Seusai selesai membeli baju kesukaan anaknya, ayah terkejut basikal yang diletakkan di tepi kedai sudah lesap. Ayah mengeluh sambil mengucapkan
,” اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا” (Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya)
Senja sedang menghampiri , Ayah tanpa berfikiran panjang terus berjalan kaki pulang ke rumah demi sehelai baju melayu untuk anaknya.
Bunyi cengkerit pertanda sudah waktu malam. Mak berjalan ke hulu ke hilir menanti ketibaan ayah. Aku seperti biasa menggangap tiada apa yang berlaku. Aku tidak mengendahkan keadaan mak ,aku sambung kembali menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgu intan.
“Assalamualaikum ,adik ini ayah belikan untuk kamu “ sambil menghulur sebungkus beg pastik merah.hati mak lega melihat ayah sudah pulang.
“Waalaikummusalam,ayah pergi mana lewat malam baru balik? Bungkusan apa ini ayah,” aku membuka bungkusan itu alangkah terkejutnya aku sehelai baju melayu idaman aku di hadapan mata aku.riak muka aku tidak riang cuma rasa bersalah timbul di muka aku.
“kenapa? Adik tidak suka ke akan baju ini .atau ayah tersalah beli baju kesukaan adik”soal ayah sambil meletakkan tangannya di bahu kanan aku.
Air mata aku mengalir,kepala aku tertunduk berat untuk menggangkat muka melihat raut muka ayah . mata aku tertumpu pada kaki ayah kelihatan kemerahan dan seakan luka di bawah telapak kaki ayah. Aku berpaling ke luar rumah dan berasa jangkal ayah pulang tanpa basikal.
Aku terus peluk tubuh ayah seerat yang boleh,” ayah kenapa ayah sanggup juga membelikan baju ini, baju ini mahal .adik cuma teringin tapi bukan untuk memiliki,adik minta maaf sangat pada ayah dengan mak sebabkan perangai adik. Ayah dengan mak mengeluh,”
“kami tidak pernah mengeluh dengan anak-anak kami “sampuk ibu sambil menyarungkan baju yang baru dibeli tadi pada tubuh aku.
“mak esok malam adik hendak ke masjid,adik hendak memakai baju yang mak jahit tadi kesian mak hempas pulas menyiapkan baju itu, baju itu  cantik lihatlah jahitannya kemas .maaf sebab menolak kasar tangan mak pagi tadi. Adik tiada niat berkelakuan sedemikian.”kata aku sambil mengajak ayah ke dapur untuk menjamu makan malam yang mungkin sudah sejuk  kerana dibiarkan lama diatas lantai.

Pelukan Seorang Ayah -Bab 2

Bab 2: luluh



Motosikal ayah di letakkan di bawah pohon pelam. Tiba-tiba ,”Arghhh…..” teriak mak di dapur membuat kami bergegas kedalam rumah. Kami terlopong melihat mak tersungkur di bawah tangga dengan keadaan kepala berdarah .
              “ yaAllah! Sayang” kata ayah sambil menggangkat mak  ke dalam kereta dan bergegas ke hospital Manjung. Kepala mak tidak berhenti berdarah. Aku pula tidak berhenti menangis,
Setelah tiba di Hospital, mak ditempatkan di wad kecemasan. Hampir 1jam kami menunggu ,lalu Doktor Iskandar menghampiri ayah dan mengatakan sesuatu kepada ayah. Aku dari jauh melihat perbualan mereka dengan perasaan yang tidak enak. Fikiran negatif mula memasuki saraf otak aku. “kenapa dengan mak, ayah? Mak baik-baik sahajakan doktor .”,soal aku sambil melihat mata ayah yang seakan menahan air mata.
           “Iqbal tabah okeh,Allah lebih sayangkan mak .” nafas aku seakan terhenti ,tetulang lutut mula rebah, air mata aku mula berderas mengalir.
           “Ayah doktor ini penipu ayah. Mak hidup lagi ayah ini semua karut, doktor penipu!” jerkah aku pada doktor iskndar . Ayah memeluk erat tubuh aku. “sabar adik ,bawak mengucap . La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)” tegas ayah kepada aku.
     “ Adik banyak dosa dengan mak ,ayah kenapa sekarang Allah hendak ambil nyawa mak . baru semalam adik dapat jumpa mak kenapa sekejap sangat Ayah. Adik tak mampu, adik tak sempat hendak habiskan masa dengan mak.”aku teresak-esak menangis sehingga mata aku seakan layu lalu keadaan menjadi gelap.
      “adik, jaga ayah kamu baik-baik. Jadi anak yang soleh dengar apa yang ayah suruh.mak sayang kamu adik” aku terjaga dari suasana gelap tadi , aku toleh ke kira dan ke kanan , aku berada didalam bilik . kepala aku sakit berdenyut-denyut.aku terus turun dari katil dan terus capai tombol pintu bilik. Aku memulas rapi tombol pintu ,sayupan suara dari ruang tamu memaksa aku terus melangkah menuju kearah suara itu.
Sebujur mayat elok bersih dengan ikatan kemas kain kapan putih, aku kaku seakan apa yang aku lihat adalah benar bukan hilusi mata, wajah mak bersih dengan senyuman manis .aku terus melangkah menuju ke arah mak. Aku duduk sambil mengemaskan ikatan tali di kepala mak.
         “Mak, adik janji dengan mak yang adik akan membuat ayah bangga dengan adik , adik sayang mak, tiada lagi insan yang selalu menyelimut adik ketika tertidur di atas sofa. Adik minta maaf selama adik menjadi anak mak adik selalu buat mak menanggis walaupun mak tidak menunjukkan kesedihan pada adik.adik redha dengan pemergian mak. Tunggu adik di sana .” suara sayu aku sambil mengucup dahi mak.
Aku lekas bangun dan duduk disebelah ayah, kami meneruskan bacaan Yassin. Lontaran bacaan surah dari ayah sayu. Insan yang selalu beri semangat kepada ayah telah pergi meninggalkan ayah tanpa sepatah kata manis.
    adik, jaga ayah kamu baik-baik. Jadi anak yang soleh dengar apa yang ayah suruh.mak sayang kamu adik” itulah bait-bait indah dari mak walaupun datang ketika aku pengsan.
selesai bacaan surah yasin dan solat jenazah mak kami mula menggangkat jenazah mak kedalam keranda untuk dibawa pergi ke tanah perkuburan islam di Kg. Batu 30. Terletak 300meter dari rumah kami.
Kami tidak mengiringi jenazah mak menaiki van jenazah namun kami mengusung jenazah ke tanah perkuburan dengan berjalan kaki. Setiap langkah, aku menitiskan  air mata dan aku  membaca surah al-fatihah dan berzikir dengan suara yang perlahan dan sayup.
 Liang lahat sudah tersedia korek. Ketika jenazah mak sedang dikambus dengan tanah aku pejamkan mata .aku tidak kuat melihat .
Ayah membaca talqin buat mak.sejurus selesai kami pulang.itulah kali terakhir aku melihat wajah mak.”adik sayang mak”

Friday, 23 August 2019

Pelukan Seorang Ayah- Bab 1

Bab 1 : PULANG

Ayah.... Adik dah balik.Aku meleparkan sepenuh hati beg galas ku dan berlari ke arah ayah. ayah tercenggang melihat ku. 3tahun aku menyambungkan pelajaran di Politeknik Kota Bharu,Kelantan. aku berasal dari Bota,Perak. Kelantan dengan Perak agak jauh dan tidak janggal jika perasaan rindu berputik.Aku dari jauh terus berlari untuk mengapai tangan kasar ayahku.dari jauh ku melihat air mata seorang ayah mengalir lalu aku terhenti langkah sambil kaku melihat ayah mengesat air matanya.
 "Adik kenapa ? kenapa tak call ayah .kau tahu ayah rindu kau.mak kau hari-hari cakap fasal kau. kalau kau tak suka ayah tapi kau fikirlah perasaan mak kau.sakit demam mak kau sebabkan rindu kau.",kata Ayah sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
 Aku terduduk diatas tanah.badan aku seakan lemah tidak terdaya.air mata terus mengalir,aku teresak-esak menangis .
                    "YaAllah,Kau ampunkan lah dosa ku selamani.aku tahu berdosanya kepada ibu ayah aku.aku selalu membuat mereka kecewa dengan aku ..derhaka kah aku yaAllah..."kata-kata aku terpotong dengan jeritan mak.
                   "Adik,jangan cakap macam tu, Mak tak pernah marah kau,mak sayang kamu,mak sayang kamu.",Kata mak sambil memeluk erat tubuhku.
                   "Mak maafkan adik. Adik dah berjaya tapi lupa ayah dengan mak. Adik terlalu leka dengan dunia .maafkan adik Mak.." teriak aku.
Bahu aku digenggam rapi oleh ayah sambil senyum sinis melihat aku.
                   "Adik,ayah sudah buat makanan sukaan kau cempedak goreng mari masuk rumah"



Keesokkan harinya,aku menemani ayah ke kebun. kebiasaaan baju biru lusuh dan koyak itulah yang selalu dipakainya ketika ke kebun getahnya.  Ayah mengasah pisau toreh di beranda sambil bibir tidak henti berzikir. "أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ(Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk)."itulah rutin pagi ayah.
  Ayah memanaskan enjin moto.aku memenggang sebuah baldi dan pisau toreh ayah. Ini lah kali pertama aku mengikuti Ayah ke kebun. Sebelum ini, Ayah mengajak aku ,namun aku sering mengendahkan pelawaannya.
    Akhirnya,kami sampai ke kebun , Ayah mengarah aku untuk mengutip getah yang sudah beku (lateks)dan dimasukkan kedalam guni untuk dijual. Ayah terus ke atas bukit untuk mengutip dan menoreh pokok getah. 
   Aku mulakan langkah .selang berapa minit aku lelah,tangan aku sakit kerana mengheret guni yang penuhi dengan getah. aku terfikir sejenak."aku muda lagi angkat guni yang dipenuhi  dengan getah  pun sudah lelah dan sakit tangan. tapi ayah tetap bersungguh mencari rezeki" fikiran aku terganggu dengan kedatangan ayah.
 Aku terus mencapai botol air lalu hulurkan pada ayah. aku terus mengambil peluang meraba tangan ayah. kasar. penuh parut luka.
                  "Ayah,adik minta maaf selama ini banyak menyusahkan ayah"sambil genggam tangan kanan ayah.
seusai selesai menjual getah kami pulang ke rumah.




Pelukan Seorang Ayah- Bab 5

BAB 5 NENEK “kak long maaf kan mak.” Kata nenek sambil membuang helaian dedaun kering di sekitar kubur mak. Nek Wan berasa sunyi dan...